Wednesday, 19 November 2014

Prince Charming - Ratu Bulan

Harga : RM19
Halaman : 496 m/s
Terbitan : Fajar Pakeer
ISBN : 978-967-365-016-3
Koleksi : 25 (24.12.2010)

Sinopsis :

Dia yang hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semua gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming-carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?"

Dedakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Antara Rezza, Fiq, Nazrul, Hayrul dan Najmi siapakah Prince Charming yang sebenar? Atau, bukan dalam kalangan mereka? Ada apa dengan Carta Prince Charming? Siapa yang membuatnya? Apakah misteri disebaliknya? Benarkah sumpahan itu benar?

Ad+Iz - Eury Athena

Harga : RM21
Halaman : 636 m/s
Terbitan : Kaki Novel
ISBN : 978-967-5067-49-5
Koleksi : 24 (30.11.2010)

Sinopsis :

Kita dirancangkan untuk bertemu...
Kita ditakdirkan untuk berjumpa...
namun adakah untuk bersatu... buat selamanya?

Adrianna Mayesa, seorang pekerja butik pakaaian yang sanggup berbuat apa sahaja untuk menyara keluarga tirinya walaupun sering ditindas, malah ddieksplotasi oleh mereka.

Salah faham yang berlaku ketika dia menghantar pakaian ke rumah pelanggan, membuatkan Adrianna terjebak ke dalam perkahwinan kontrak yang merubah tiga ratus enam puluh darjah paksi hidupnya.

Bermula dari detik itu, dia hidup dalam kemewahan di samoing Tengku-Tengku yang bermacam ragam, di samping menjalani kehidupan sebagai seorang 'isteri' kepada Tengku Farriel Izumi, seniornya ketika di sekolah yang tidak pernah suka dan senang dengan kehadirannya.

Di saat Adrianna mula selesa dengan kehidupannya, sesuatu yang selama ini dirahsiakan dan langsung tidak diketahui muncul... lantas meragut kebahagiaannya.

Aku sanggup mempertahankan segala milikku untuk cintamu...

Kudamba Bahagia - Dhiya Zafira

Harga : Rm18
Halaman : 481 m/s
Terbitan : Alaf 21
ISBN : 978-983-124-310-7
Koleksi : 23 (11.2010)

Sinopsis :

Alia tidak pernah tahu apa itu cinta. Pertama kali bertentangan dengan Adnan Taufik, dia rasa gundah. Apa yang ada pada lelaki itu hingga mengganggu lenanya? Apakah benar wujudnya cinta pandang pertama? Dia sendiri meraguinya. Namun, dia terpaksa terima kenyataan. Cintanya berputik saat senyuman indah itu terukir buatnya.

Adnan Taufik tidak menyangka, mencintai Alia akan mengheretnya ke lembah penderitaan. Entah mengapa, cinta yang lahir dari kesucian dan keikhlasan hati akhirnya terkubur juga. Sesungguhnya, cinta mereka tidak kuat untuk menahan gelombang yang melanda.

Bagi Alia, dia tidak mengerti mengapa tiba-tiba Adnan Taufik perdi dari sisinya. Sedangkan ketika itu dirinya dibaluti bahagia. Salah faham yang berlaku menyebabkan mereka menyimpan dendam yang bukan sedikit.

Setiap pertemuan, pasti diiringi perpisahan. Dan setiap perpisahan, tidak semuanya menjanjikan adanya pertemuan. Dapatkah Alia dan Taufik melupakan segala kesedihan yang dialami? Sebuah kebenaran kadangkala tercalar dek kesilapan. Betulkah tindakan mereka bertahun dahulu?

Jodoh Atau Cinta - Iman Nizrina

Harga : RM 19
Halaman : 507 m/s
Terbitan : Kaki Novel
ISBN :.978-967-5067-46-4
Koleksi : 22 (31.10.2010)

Sinopsis :

       Tengku Iman Umairah… gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya beerkahwin atas kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish, suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar Negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri aas alas an dia perempuan kampong dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat di dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif, bapa mentuanya.            
    
        Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu, marah, geram, saling bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain, Danish melenting. Iman pula, apabila Danish bermesra dengan Maya, si gedik yang menyesakkan, dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.

       Saat cinta buka milik mereka, jodh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta, jodoh seolah-olah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?

Cinta Hati Kita - H.M. Tuah Iskandar

Harga : RM 19.90
Halaman :500m/s
Terbitan : Alaf 21
ISBN: 978-983-124-434-0
Koleksi : 21 (30.10.2010)

Sinopsis

IMPIAN Manis memiliki rumah tangga yang aman dan bahagia. Tapi, apayang tersurat, daimenjadi isteri kedua. Maka terpaksalah dia berkongsi sekeping hati. Manis sering ditinggalkan sendirian. Malahan, pertemuan dengan suaminya perlu secara sembunyi-sembunyi. Bagaimanapun dia redha menghadapinya demi kasihkan si suami.
Sepuluh tahun Manis merahsiakan identiti suaminya. Selama itulah dia menelan umpat keji jiran-jiran yang menuduhnya perempuan simpanan. Kelahiran lima orang cahaya mata menguatkan lagi tuduhan mereka terhadapnya.

Namun, langit bagai mahu runtuh bila perkahwinan rahsia mereka telah dihidu oleh pihak media. Seluruh Negara gempar dengan berita itu. Suami manis rupa-rupanya seorang tokoh yang dihormati ramai!

Seperti biasa, H.M. TUAH ISKANDAR tampildengan novel motivasi yang meberi erti kepada yang mahu mengerti. Isinya terkalang di mata, terasa di hati, membuatkan naluri tersentuh hingga ke dasarnya.

Tuesday, 2 September 2014

Jendela Hati - Aisya Sofea

Harga : RM 14
Halaman : 335 m/s
Terbitan : Alaf 21
ISBN : 978-983-124-034-0
Koleksi : 20 (26.10.2010)

Sinopsis :

Harga kesetiaan dan kecintaan seorang lelaki bernama suami begitu tinggi nilainya pada insane bernama Lukman Hafizi. Setelah pemergian isteri tercintanya Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak seindah semalam. Dia terus hanyut dalam khayalannya hingga mengabaikan diri sendiri.

Kepulangan Farah, kembar seiras Sarah tidak mampu menggugah selaut kenangannya bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit di antara wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Namun, dia pasrah akhirnya.

Benarkah perkahwinan ‘berganti tikar’ yang berlandaskan ‘keterpaksaan’ bagaikan embun di hujung rumput, memakan diri sendiri, akhirnya? Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik kisah cinta yang tersurat ini?

Aku Di Hatimu - H.M. Tuah Iskandar

Harga : RM 19.90
Halaman : 491 m/s
Terbitan : Alaf 21
ISBN : 978-983-124-287-2
Koleksi : 19 (12.10.2010)

Sinopsis :

IZAM DAN INSPIRON bukan kembar tetapi mereka sama segala segi. Malah, mereka tidak pernah mengenal antara satu sama lain. Namun, apa yang difikirkan oleh Izam turut difikirkan oleh Inspiron, hinggakan gambaran mental Izam tentang seorang gadis bernama Salie turut ada dalam fikiran Inspiron. Apa yang diangan-angankan oleh Izam juga diangan-angankan oleh Inspiron.

Mereka berlumba-lumba untuk memenangi hati Salie tanpa mengenal batas dunia masing-masing. Yang mereka sangkakan Salie itu sebenarnya bernama Lia, teman seorang pemuda bernama Oberoi. Keadaan tiba-tiba jadi gawat apabila Oberoi ditemui mati dibunuh. Siapakah yang membunuh dan apakah kaitannya dengan Toh Puan Jelita, ‘ibu’ kepada segala keburukan?

Memang manusia tidak dapat lari daripada perasaan cinta, mahu dicintai dan mencintai. Perasaan utnuk merasai nikmatnya cinta ini begitu meruntun. Novel ini cuba meralitikan perasaan setiap orang. Novel ini juga mencabar minda anda untuk mencari identiti Izam dan juga Inspiron. Ia sebuah novel motivasi daripada seorang motivator yang tersohor. Sudah semestinya anda perlu benar-benar bersedia sebelum membacanya!