Sunday, 31 August 2014

Indahnya Takdir - Syikin Zainal

Harga : RM 19.90
Halaman : 470 m/s
Terbitan : Buku Prima
ISBN : 978-967-5489-69-3
Koleksi : 12 (19.9.2010)

Sinopsis :

Hakim cuba menggapai bintang di langit kerana terpesona pada kilauannya walaupun dia tahu sinar itu hanya seketika. Lalu dia melupakan rumput di bumi walaupun rumput itu setia dan sentiasa ada dengan sinar hijaunya. Iskandar Kamel cuba mencari cinta, setelah cinta berada di dalam genggamannya, dugaan pula datang melanda. Tiada siapa yang inginkan kejadian hitam melanda hidup. Namun bagi Hartini, kehidupan tetap diteruskan. Perjalanan hidup yang penuh liku perlu diharungi. Sekejam mana pun sifat manusia,akan terselit rasa penyesalan. Kerana cinta, Hartini kenal erti luka dan kerana cinta juga Hartini kenal erti bahagia. Hartini mencari erti cinta pertama dan cinta terakhir. Walaupun perit dia perlu memilih, mempertahankan cinta pertama atau berusaha memiliki cinta terakhir. Siapa pilihan Hartini?

Abang… jika ada belas di hati abang, Tini mahu abang bebaskan Tini. Tini tahu berdosa tapi Tini tidak mahu terus menjadi isteri yang dibenci suami. Tini tak mahu abang terus berdosa menzalimi isteri abang. Pasal harta peninggalan arwah, yang mana hak abang… abang ambillah.” ~ Hartini

Mak selalu pesan, kalau nak kahwin, banyak sebab selain cinta. Kita kahwin sebab kita menghormati dan rasa selamat sebab kadang-kadang bercinta sahaja tak cukup.” ~ Syidah

"Dia yang pertama dalam hati Tini tapi bukan yang terakhir. Tini mahu abang yang menjadi yang terakhir."~Hartini

"Kalau abang dapat menukarkan masa yang berlalu dengan nyawa abang, abang rela."~Hakim

Lamaran Hati - Dyza Ainun

Harga : RM 18.90
Halaman : 574 m/s
Terbitan : Buku Prima
ISBN : 978-983-3669-47-9
Koleksi : 11 (2.8.2010)

Sinopsis :

Namun semuanya ALLAH berikan melalui hati. Hatinya kecewa dalam impian. Hatinya telah rosak dimamah virus. Terima kasih TUHAN, kerana ujian ini. Terima kasih juga kerana telah KAU bekali juga bersamanya dengan rasa redha dan pasrah. Sedikitpun, rasa luka tidak hadir lagi. Biarlah! Semuanya akan kuterima bersama sebuah pasrah yang sangat ikhlas. Terima kasih TUHAN! (Iza Masyitah)

"Biar runtuh langit membiru, namun jata Adam dulu, takkan runtuh kasih dan cinta kita walau dihempap pelbagai rintangan. Dan sekarang, Iza menuntut kembali segala janji dan sumpah yang Adam pernah berikan pada Iza."

Janji untuk mencipta gerbang bahagia akan ditunaikan. Iza Masyitah akan segera dikahwininya agar segala rindu yang terlalu membelenggu dirinya akan lerai satu demi satu. Dia tidak akan menangguhkan waktu yang lebih lana lagi. Dia tidak sanggup menghadapi semua rintangan yang bakal menyakitkan hati dan perasaannya lagi. (Adam Khalis)

Iza, kau tidak tahu betapa sebenarnya seluruh rasa sayang yang ada di hatiku menjadi milikmu. Kalaulah mampu untuk kukatakan bahawa aku terlalu menyayangimu, pasti akan kuluahkan segalanya. Sayangku bukan sekadar sebuah persahabatan. Malah, ia sudah terbibit menjadi semekar buah cinta yang sangat sukar untuk dikikis dibuang lagi. Namun, kau tidak mengetahuinya, Iza. (Iman Syauqi)

Bertakhta Di Hati - Marwati Wahab

Harga: RM19.90
Halaman : 597 m/s
Terbitan : Fajar Pakeer
ISBN : 978-983-3880-05-8
Koleksi : 10 (1.7.2009)

Sinopsis :

Najmi Syahadat... Merenung wajah itu buat kali kedua, terasa seperti menoreh luka di hati sendiri. Bertahun-tahun masa lalu, dia masih menanti penjelasan yang tak pernah kunjung tiba. Tapi lain yang diharapkan, lain pula takdir yang datang. Lelaki itu hanya mampu mengungkapkan kata maaf untuk hidangan jiwanya yang parah.
Dan... Dia sudah puas menangis suatu masa dahulu. Ditinggalkan orang tersayang rasanya sakit sekali. Tapi ditinggalkan tanpa penjelasan, rasanya lebih sakit lagi. Pun, siapa dia mahu mempersoalkan semua itu? Sedangkan lelaki yang punya jawapan itu, sudah membawa pergi senda tawa bersama impian yang tidak sempat untuk ditunaikan.
"Merayulah, Najmi... Menangislah selagi masih berupaya menangis. Hakikatnya hati sudah begitu jerih untuk mengembalikan janji itu. Aku tak akan pernah berpaling."
Itu tekad Khairunasrya, tekad seorang yang pernah membilang tangga walaupun ketika melangkah, hatinya sudah lama mati.

Andai Itu TakdirNya - Siti Rosmizah

Harga : RM19.90
Halaman : 583 m/s
Terbitan : Buku Prima
ISBN : 978-983-3669-65-3
Koleksi : 9 (11.6.2009)

Sinopsis :

"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu tadir-Nya, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Akhir Sebuah Cinta - Siti Nur Dhuha

Harga : RM 19.90
Halaman : 647 m/s
Terbitan : Buku Prima
ISBN : 978-967-5234-39-2
Koleksi : 8 (31.5.2009)

Sinopsis :

Apalagi yang ada pada diri seorang wanita itu melainkan maruah dan harga diri. Seandainya kedua-dua itu dirampas, dia sudah tidak punyai apa-apa lagi. Dia hanya mempunyai jasad yang bernyawa tanpa apa-apa harga. Mimi Atia sedih! Mimi Atia terluka dengan apa yang berlaku. Tetapi masa tidak dapat diputar kembali. Dan dia telah kehilangan segalanya.

"Hai, baru sekarang nak balik. Keluar dengan lelaki, lepas tu dua hari kemudian baru nak tunjuk muka. Hebat perangai ustazah ni. Macam mana? Tuan Ezairy kau tu bawak kau ke Phuket ke? Atau bawak kau ke Golok? Tak sangka ya, diam-diam ubi berisi." Tengku Khuzairi tiba-tiba berkata.

Dia... lelaki yang disyaki membunuh. Dia... lelaki yang banyak menyakitkan hati aku. Dia... lelaki yang pernah menengking aku. Dia... lelaki yang sering membuat aku menangis. Dan dia... banyak melukakan hati aku. Dengan tiba-tiba air mata Mimi Atia menitis. Tengku Khuzairi... kenapa kau perlu datang dalam hidup aku.

Tolonglah Atia, cermin diri kau dulu. Kau siapa? Kau hanya seorang gadis kampung, yang tak ada apa-apa. Kau sepatutnya tahu Atia, kau akan menyebabkan abang aku dipandang hina. Kau akan musnahkan kehidupan dia. Kau mahu ke tengok abang aku kena sisih dengan saudara-mara aku.

Cinta Kau Dan Aku - Siti Rosmizah

Harga : RM 19.90
Halaman : 679 m/s
Terbitan : Buku Prima
ISBN : 978-967-5234-28-6
Koleksi : 7 (24.5.2009)

Sinopsis :

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver," marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.  

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Kerana Terluka - Aida Adriani

Harga : RM19.90
Halaman : 519 m/s
Terbitan : Alaf 21
ISBN : 978-983-124-353-4
Koleksi : 6 (4.5.2009)

Sinopsis :

NUDRA HANEEM... hidupnya sering saja diduga. Bahagia baginya bagaikan bintang yang bertaburan di langit; indah tetapi tidak tergapai dek tangan. Sedari kecil hidup tanpa kasih sayang ibu dan ayah, sekadar menumpang kasih orang dan bila dewasa, kasih dan cintanya diuji lagi.

Kehadiran ISKANDAR memberikannya kebahagiaan di saat diri memerlukan perhatian. Namun rahsia keluarga yang tersimpan sekian lama telah menguji kasih Iskandar padanya. Antara kasih ibu dan kasih kekasih yang manakah harus dikorbankan? Demi maruah, demi agama, sanggupkah cinta jadi taruhan?

"Cinta bukan matematik Nudra. Satu cinta bahagi dua bukannya setengah."
"Saya juga bimbang Is, kalau kekuatan saya hilang dalam keadaan payah begini."

Bukankah cinta memerlukan pengorbanan? Ah... tapi tidak selamanya hati teguh andai cinta terus-terusan diuji. Sekali terluka parutnya tinggal sampai bila-bila. Lalu apa lagi yang terbaik selain nekad mengikut kata hati? Kerana... itu adalah lebih baik daripada merelakan diri hidup bahagian dalam kepura-puraan!

Suatu Penantian - Antasya Balkis

Harga : RM22
Halaman : 667 m/s
Terbitan : Kaki Novel
ISBN : 978-967-5067-06-8
Koleksi : 5 (22.6.2008)

Sinopsis :

Zarul... aku umpamakan kau seperti arca yang membalikkan semua kenanganku bersama si dia. Tanpa aku sedari sebenarnya kita yang telah menciptanya bersama. Lama aku mengenanginya dengan air mata. Sesuatu telah terjadi kerana tohmahan dan juga kerana kumbang lain yang ingin memiliki diriku, aku diibaratkan kau seperti kisah semalam yang menyedihkan. Aku enggan memilikimu... namun, di suatu hari yang indah aku tiba- tiba menyedari... suatu penantian yg telah lama menantiku, aku tiba-tiba telah jatuh cinta kepadamu.

Sekuntum Bunga, Sekeping Kad, Seraut Cinta... - Ahadiat Akashah

Harga : RM12.90
Halaman : 233 m/s
Terbitan : Roket Kertas
ISBN : 983-42482-9-6
Koleksi : 4 (19.6.2008)

Sinopsis:

Satu perjalanan cinta yang meruntun jiwa dan raga SESUNGGUHNYA RIN CINTAKAN RYAN Namun kehadiran Rendra membawa satu petaka

Aku masih ingat kali pertama aku melihat lelaki itu. Di wajahnya tergambar resah walaupun dia cuba menyembunyikannya. Dia sering habiskan masanya di atas batu. Dia orang luar. Bukan orang kampung ini. Dia tinggal menyewa di sebuah rumah lama di tepi pantai. Segala-galanya bermula dari sini. Lelaki itulah yang telah mewarnakan kehidupan ini. Dan, di dalam keluarga ini, sejarah tercipta…
Susah menyebut namanya. Jarang didengar untuk nama lelaki Melayu. Ryan Iskandar namanya. Dia melarikan diri ke kampung tepi laut ini kononnya untuk mencari damai. Di sinilah segalanya bermula. Dan, pertemuannya dengan Sabrina membawa cinta. Namun, dengan kehadiran Rendra, memusykilkan sebuah rahsia yang terlipat kemas di laci hati Sabrina? Dan, inilah yang tidak diceritakan Sabrina sehinggalah di tengah lautan bergelora…memungkinkan rahsia itu akan terkubur sama? Adakah terlalu suntuk untuk Sabrina meluahkan segalanya ataupun…sekuntum bunga, sekeping kad sebagai jawapan bagi seraut cinta itu…

Kasih Seharum Lavender - Eita Ashyta

Harga : RM 19
Halaman : 621 m/s
Terbitan : Kaki Novel
ISBN : 983- 42552-4-1
Koleksi : 3 (19.6.2008)

Sinopsis:

Pada suatu detik itu, dirinya mewah dengan kasih sayang. Dia punya Ummi yang penyayang, seorang abang yang prihatin dan Nurul Adlynn, teman akrab yang dikenalinya sewaktu di perantauan. Dia bahagia walaupun di sebalik itu, kesabarannya seringkali teruji dengan sikap majikannya, Ezany yang tidak pernah senang dengan kehadirannya. Perlian dan bicara sinis lelaki itu menjadi halwa telinganya setiap kali mereka bertemu. Hinggakan dia adakalanya lelah dengan situasi sebegitu!

Pertemuan dengan Tengku Hadif Zafran begitu unik. Terjadi di saat tidak terduga dan tidak mampu dibayangkan. Aneh! Tapi, mungkin itulah dikatakan takdir. Pertemuan demi pertemuan akhirnya membibitkan rasa. Bayu-bayu rindu mula menggamit sekeping hatinya buat lelaki itu. Cintakah itu yang datang mengetuk pintu hatinya?

Seperti menyedari sikap keterlaluannya selama ini, Ezany berubah sikap. Tanpa angin, tanpa ribut yang membawa sebarang petanda. Tutur kata dan bicaranya sudah tidak se'panas' dahulu. Lebih lembut dan gemar bergurau. Dalam diam, dia menyenangi perubahan lelaki itu. Walau di hati dia bimbang seandainya perubahan itu cuma sementara. Mungkinkah?

Belum sempat dia berpeluang melayan perasaan yang hadir, Ummi tiba-tiba sahaja ingin menjodohkan dia dengan Hadif. Dia terima biarpun pada mulanya dia gusar dan keliru. Mampukah dia menjalin bahagia hanya dengan rasa cinta tanpa mengenal lelaki itu terlebih dahulu?

Impian dan angan-angannya untuk hidup bersama Hadif berkecai apabila dia mendapat tahu Nurul Adlynn turut menaruh perasaan pada lelaki itu. Warna-warna kelukaan dan penderitaan mula mewarnai perjalanan hidupnya. Dia sendiri buntu. Dia tersepit antara kasih seorang sahabat setia, keinginan dan harapan seorang ibu yang melahirkannya dan antara cintanya sendiri yang mula berputik.

Dalam setiap keputusan, ada akibat yang perlu dihadapi. Lantaran kerana keputusan itu, dia hilang kasih sayang daripada seorang yang amat dekat di hatinya. Dia reda walaupun kecewa. Namun dia tetap berharap, suatu hari nanti kasih sayang itu akan hadir lagi dalam hidupnya.

Dan setelah hujan berlalu pergi, ternyata ada cahaya mentari yang menanti. Sayangnya, cahaya yang diharap berpanjangan itu, hadirnya sekejap cuma. Kehilangan insan yang paling bererti buat dirinya melontarkan dia ke pelusuk duka. Sekali lagi. Benarkah sekeping hati yang perlu dicari itu bukan Hadif pemiliknya? Mampukah kasih seharum lavender itu terus dia kecapi?

Cinta Mekar Di Hati - Rose Harissa

Harga : RM19.90
Halaman : 560 m/s
Terbitan : Alaf 21
ISBN : 978-983-124-337-4
Koleksi : 2 (19.6.2008)

Sinopsis :

Setiap cinta…pasti ada derita, pengorbanan, cemburu dan air mata. Cinta tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…tetapi hadir dengan pengorbanan dan kesetiaan.

Ady Rafizal…cinta tidak pernah punya undang-undang, tetapi mengapa harus aku terhukum? Dalam derita, hanya bayangmu yang mampu kudakap. Namun, selagi aku bernafas dengan nama ALLAH, tidak pernah sekali aku berhenti merinduimu. Dan aku yakin, cinta akan mengembalikan kau kepadaku.

Fasha… cinta tidak pernah menyeksa tetapi sentiasa menguji. Sekali kau memberi cinta, tidak akan kubiarkan ia hilang ditelan waktu walau beribu batu kita terpisah. Sesungguhnya, kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.

Fahrin… cinta itu sebuah pengorbanan, tetapi mengapa ia bukan noktah cintaku kepadamu? Kenapa semakin sukar aku miliki cintamu setelah menanggung derita ini? Cintaku indah tapi aku derita perasaan.

Tengku Alia Marina… cinta itu madu dan racun! Andai aku tidak memiliki madunya, biarlah aku jadi racunnya!

Cinta adalah satu-satunya bunga yang tumbuh mekar tanpa bantuan musim- Khalil Gibran

Pergilah Sepi - Fauziah Ashari

Harga : RM12
Halaman : 323 m/s
Terbitan : Alaf 21
ISBN : 983-124-059-6
Koleksi : 1 (2003)

Sinopsis :
Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran Syafiq dalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan itu bagaikan satu perlarian bila terjadinya peristiwa yang mengaibkan.
Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerima begitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq, bagaimanalah Afiqah mampu menutup kehambaran dan mencipta kebahagiaan.
Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya upaya mencorak kehidupan barunya. Meski sukar untuk menembusi benteng kemarahan Afiqah namun jauh di sudut hati, Syafiq mohon akan sampai ketikanya Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah adalah cinta pandang pertamanya.
Kata orang... Kita akan kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauh dari mata. Sayangnya, kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka di hati. Di manakah silapnya? Syafiqkah yang telah berubah atau Afiqahkah puncanya? Tertutupkah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling curiga dan salah sangka?
PERGILAH SEPI... Menjawab segala persoalan betapa bila kegirangan singgah di hati, kesepian terus berlalu pergi.