Tuesday, 2 September 2014

Jendela Hati - Aisya Sofea

Harga : RM 14
Halaman : 335 m/s
Terbitan : Alaf 21
ISBN : 978-983-124-034-0
Koleksi : 20 (26.10.2010)

Sinopsis :

Harga kesetiaan dan kecintaan seorang lelaki bernama suami begitu tinggi nilainya pada insane bernama Lukman Hafizi. Setelah pemergian isteri tercintanya Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak seindah semalam. Dia terus hanyut dalam khayalannya hingga mengabaikan diri sendiri.

Kepulangan Farah, kembar seiras Sarah tidak mampu menggugah selaut kenangannya bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit di antara wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Namun, dia pasrah akhirnya.

Benarkah perkahwinan ‘berganti tikar’ yang berlandaskan ‘keterpaksaan’ bagaikan embun di hujung rumput, memakan diri sendiri, akhirnya? Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik kisah cinta yang tersurat ini?

Aku Di Hatimu - H.M. Tuah Iskandar

Harga : RM 19.90
Halaman : 491 m/s
Terbitan : Alaf 21
ISBN : 978-983-124-287-2
Koleksi : 19 (12.10.2010)

Sinopsis :

IZAM DAN INSPIRON bukan kembar tetapi mereka sama segala segi. Malah, mereka tidak pernah mengenal antara satu sama lain. Namun, apa yang difikirkan oleh Izam turut difikirkan oleh Inspiron, hinggakan gambaran mental Izam tentang seorang gadis bernama Salie turut ada dalam fikiran Inspiron. Apa yang diangan-angankan oleh Izam juga diangan-angankan oleh Inspiron.

Mereka berlumba-lumba untuk memenangi hati Salie tanpa mengenal batas dunia masing-masing. Yang mereka sangkakan Salie itu sebenarnya bernama Lia, teman seorang pemuda bernama Oberoi. Keadaan tiba-tiba jadi gawat apabila Oberoi ditemui mati dibunuh. Siapakah yang membunuh dan apakah kaitannya dengan Toh Puan Jelita, ‘ibu’ kepada segala keburukan?

Memang manusia tidak dapat lari daripada perasaan cinta, mahu dicintai dan mencintai. Perasaan utnuk merasai nikmatnya cinta ini begitu meruntun. Novel ini cuba meralitikan perasaan setiap orang. Novel ini juga mencabar minda anda untuk mencari identiti Izam dan juga Inspiron. Ia sebuah novel motivasi daripada seorang motivator yang tersohor. Sudah semestinya anda perlu benar-benar bersedia sebelum membacanya!

Inikah Cinta - H.M. Tuah Iskandar

Harga : RM 18
Halaman : 456 m/s
Terbitan : Alaf 21
ISBN : 983-124-207-6
Koleksi : 18 (12.10.2010)

Sinopsis :

Cinta menjadikan manusia lebih kuat tetapi cinta juga adakalanya menjadikan manusia sentiasa kehausan, kesakitan dan ingin berlari jauh. Novel ini mengisahkan rentetan cinta pertama yang penuh sejarah.Apabila anda mula mendekati cinta, mula berjinak-jinak dengan cinta, mula merasakan nikmatnya cinta, awasilah langkah kerana ia datang bersama sendu, pilu,rindu, sayang dan adakalanya air mata dan kemurungan.

Dimen dengan pendiriannya yang tipikal, warak serta tuntas terpaksa beralah kepada kewujudan kali kedua Derra Mandy. Wanita kelahiran Isle of Wight ini telah mencuri hati Dimen 10 tahun dahulu tetapi kedua-duanya terpisah kerana Derra Mandy meniggal dunia

Jadi, siapakah yang tinggal di Isle Castle dengan menggunakan nama Derra Mandy dan cuba mencuri rasa cinta Dimen? Bolehkah kedua-duanya bersatu sedangkan pada waktu itu Dimen telah memperisterikan Liza? Dalam masa yang sama Dimen juga diburu oleh bekas kekasihnya bernama Rohanita dan juga seorang wanita yang telah bersuami dan beranak lima, Norlila.

Kisah ini akan membawa anda mengembara jauh hingga ke London dan Amerika Syarikat serta mengenali titik bengik penglibatan orang Melayu dalam industri pemotoran. Ia dramatik, romatik dan tragis, berselang-seli antara cinta, bisnes dan pendirian. Cinta adalah simbol ledakan emosi manusia untuk dikasihi dan mengasihi.

Cinta Segi Lima - H.M. Tuah Iskandar

Harga : RM 19.90
Halaman : 520 m/s
Terbitan : Alaf 21
ISBN : 978-983-124-533-0
Koleksi : 15 (2.10.2010)

Sinopsis :

CINTA seorang lelaki kepada seorang wanita sukar untuk ditafsirkan oleh akal. Perasaan kasih dan sayangnya jarang diluahkan secara zahir, namun sebenarnya ia sentiasa mekar dan luhur. Jamjuri tahu Jainiah, wanita yang menjadi suri hidupnya menyimpan rasa curiga. Sejujurnya, dia ingin wanita itu yakin dengan cintanya, namun isterinya seakan tidak memahami. 

Setiap kali Jamjuri memandang kembali kejayaan yang dikecapi nya, dia sering tertanya-tanya. Berbaloikah semua ini? Ramai orang di luar sana menjadikannya idola, tetapi insan tersayang mula menjauhi. 

Tanpa pengetahuan sesiapa, setiap langkah Jamjuri di susuri ekor mata seseorang yang merencana komplot jahat untuk mencairkan empayar cinta milik Jamjuri. Tetapi, tidak semudah itu dia mengalah. Aura jahat yang mahu menggugat cinta suci Jamjuri ini akan ditepis dengan idea bijaksana dan sifat keikhlasannya.

Original - H.M. Tuah Iskandar

Harga : RM 14
Halaman : 469 m/s
Terbitan : Alaf 21
ISBN : 983-124-058-8
Koleksi : 17 (12.10.2010)

Sinopsis :

Tamsis dan Derra Mandy, kedua-duanya terpisah oleh dua dunia dan lautan. Tetapi di University of Kingdom, Derra Mandytelah menjadi identity yang mengelirukan, manakala di tempat kelahirannya di Muar, Tamsis turut gagal mengenali dirinya sendiri.
       Lebih aneh, Derra Mandy yang telah menganut agama Islam itu ditemui bersama Stevas seorang lelaki Inggeris di sebuah hotel di Glocester. Dia lebih gemar menggunakan nama Derra Mandy daripada Norhayati Abdullah yang diberikan oleh Tamsis. Sedangkan antara dia dan Tamsis bagaikan sinonim meskipun kedua-duanya terpisah jauh.       
       "Mastermind "di sebalik semua kekalutan ini bijak tetapi apaka ia cuku kuat untuk berdepan dengan riwayat hidup Tamsis yang dibacakan oleh Liza, seorang"secret admire" untuk memulihkan ingatan Tamsis?       
       Original memang mencabar minda anda untuk mencari siapa dan apa itu original.

Cinta 3 Suku - Herna Diana

Harga : RM 19
Halaman : 513 m/s
Terbitan : Alaf 21
ISBN : 978-983-124-582-8
Koleksi : 16 (2.10.2010)

Sinopsis :

‘SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.

Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.

Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.

Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.

Cinta Aku Seadanya - Murni Aqila

Harga : RM 19.90
Halaman : 501 m/s
Terbitan : Alaf 21
ISBN : 978-983-124-596-5
Koleksi : 14 (25.9.2010)

Sinopsis :

ANDAI manusia bisa memilih, tidak mungkin ada yang mahu dilahirkan serba kekurangan, apatah lagi penuh kecelaan. Akan tetapi, mana mungkin itu terjadi. Kuasa ALLAH membataskan segalanya. Kerana itu, Syifa menerima segala ketentuan ILAHI dengan penuh redha. Dipujuknya hati setiap kali dicaci hanya kerana mempunyai tanda lahir di pipi.

Apa pun bagi Nafisah, Syifa adalah anugerah istimewa dari TUHAN dengan kelebihan tersendiri hingga dia berhajat menyunting Syifa untuk dijadikan isteri buat anaknya, Muszahri. Dan Syifa, nyata terkejut dengan keputusan Muszahri yang sudi menerimanya.

Duka dan malang datang bertimpa. Entah apa silapnya, Muszahri langsung tidak menyentuhnya selepas mereka diijabkabulkan. Luna, gadis yang memuja Muszahri pula tidak jemu-jemu cuba meruntuhkan istana cintanya. Malah kakak kandungnya sendiri, Zahra sering mencurah bicara berbisa mencacinya.

Syifa kelelahan. Kalau bahagia bukan tercipta untuknya, apalah daya. Mungkin itu sudah takdirnya... dipandang tanpa hati, mencintai tanpa dicintai.

Hatimu Untuk Siapa - H.M. Tuah Iskandar

Harga : RM 15
Halaman : 417 m/s
Terbitan : Alaf 21
ISBN : 983-124-126-6
Koleksi : 13 (25.9.2010)

Sinopsis :

Mazwin dan Szaza, dua beradik yang berlainan karektor; seorang model janda beranak satu yang ‘berani’ dan seorang lagi suri rumah penuh kesopanan. Suatu hari Szaza yang penyantun itu bertukar menjadi amat buruk apabila terlihat kekasih lamanya di kaca tv. Sejak itu Szaza gelisah dan watak baiknya luntur. Dia mahu kembali ke tangan Izam, kekasih yang telah menjadi kaya, popular dan ternama itu.

Izam sudah cukup bahagia bersama isterinya Salina, namun dia sentiasa merindui kekasih-kekasih lamanya. Dari sudut yang lain dia adalah ‘syaitan’ yang bertopengkan manusia apabila menjalin perhubungan dengan beberapa wanita cantik.

Szaza melakukan pelbagai usaha untuk menghubungi Izam dan dia amat terperanjat apabila mendapati Mazwin telah mendahului. Berlaku persaingan senyap tanpa disedari oleh kedua-dua pihak hingga membawa kepada pelbagai insiden yang membabitkan harta, nyawa dan perasaan. Soalnya, betulkah yang ditemui oleh Mazwin dan Szaza itu Izam?

Sebuah novel motivasi terunggul untuk dihayati, dinikmati serta diambil 1001 pengajaran daripadanya.