Tuesday, 2 September 2014

Inikah Cinta - H.M. Tuah Iskandar

Harga : RM 18
Halaman : 456 m/s
Terbitan : Alaf 21
ISBN : 983-124-207-6
Koleksi : 18 (12.10.2010)

Sinopsis :

Cinta menjadikan manusia lebih kuat tetapi cinta juga adakalanya menjadikan manusia sentiasa kehausan, kesakitan dan ingin berlari jauh. Novel ini mengisahkan rentetan cinta pertama yang penuh sejarah.Apabila anda mula mendekati cinta, mula berjinak-jinak dengan cinta, mula merasakan nikmatnya cinta, awasilah langkah kerana ia datang bersama sendu, pilu,rindu, sayang dan adakalanya air mata dan kemurungan.

Dimen dengan pendiriannya yang tipikal, warak serta tuntas terpaksa beralah kepada kewujudan kali kedua Derra Mandy. Wanita kelahiran Isle of Wight ini telah mencuri hati Dimen 10 tahun dahulu tetapi kedua-duanya terpisah kerana Derra Mandy meniggal dunia

Jadi, siapakah yang tinggal di Isle Castle dengan menggunakan nama Derra Mandy dan cuba mencuri rasa cinta Dimen? Bolehkah kedua-duanya bersatu sedangkan pada waktu itu Dimen telah memperisterikan Liza? Dalam masa yang sama Dimen juga diburu oleh bekas kekasihnya bernama Rohanita dan juga seorang wanita yang telah bersuami dan beranak lima, Norlila.

Kisah ini akan membawa anda mengembara jauh hingga ke London dan Amerika Syarikat serta mengenali titik bengik penglibatan orang Melayu dalam industri pemotoran. Ia dramatik, romatik dan tragis, berselang-seli antara cinta, bisnes dan pendirian. Cinta adalah simbol ledakan emosi manusia untuk dikasihi dan mengasihi.

No comments:

Post a Comment